Adakah Anda Ingin Lebih Pelanggan Dari Laman Web Anda?

Kami membantu syarikat menguasai ranking atas hasil enjin carian
dan membawa lebih banyak jualan melalui pemasaran SEO.



Hubungi Kami

Anda mempunyai laman web yang hebat tetapi tiada siapa tahu?

Misi kami adalah membantu anda meningkatkan penonjolan laman web anda, memandu trafik ke laman web anda dan meningkatkan perolehan dan jualan.

Perkhidmatan SEO tradisional biasanya mengenakan bayaran pendahuluan tinggi tanpa menunjukkan sebarang keputusan sekurang-kurang 2-3 bulan. Namun pelanggan masih sanggup membayarnya. Pernahkah anda tertanya-tanya kenapa? Ini kerana faedah kepada pelanggan adalah sangat besar yang mereka sanggup membayarnya untuk perolehan dan jualan lebih baik.

Kebanyakan laman web adalah direka dengan ‘teruk’. Ia mungkin nampak cantik, tetapi gagal mendapatkan peluang atau pelanggan. Laman web tidak berguna jika ia tidak dapat membantu membuat wang untuk perniagaan anda.

Mari tengok contoh ini

Anda menjual kabinet dapur tempahan khas di Malaysia pada RM4000 sebuah.

Laman web anda nampak hebat, tapi tajuk hanya mengandungi nama jenama syarikat anda, tiada huraian dan ada 200 perkataan yang menceritakan misi dan sejarah syarikat, kedua-duanya tiada kaitan dengan kabinet dapur.

Bagaimana nak orang lain tahu apa yang anda jual? Adakah anda meletakkan beribu-ribu iklan di surat khabar dan majalah iklaneka setiap bulan? Bagaimana pula Google nak tahu yang anda menjual kabinet dapur? Bagaimana untuk seseorang yang melayari internet mencari laman web anda dan tahu apa yang anda jual?

Kami tak mahu buat anda tertekan, tetapi ini terbukti 90% laman web perniagaan di Malaysia tidak berfungsi dengan sepatutnya.

gagal mamasar perniagaan denga seo servis

Terdapat 6,600 pengunjung yang mencari kabinet dapur di enjin carian Google Malaysia setiap bulan. Jika laman web anda berupaya menonjol di kalangan khalayak di posisi 10 teratas, anda berpotensi mendapat beberapa ratus petunjuk setiap bulan. Dari situ, anda boleh menukarkannya kepada pelanggan. Jika 5% dari petunjuk anda menjadi pelanggan, anda mendapat tambahan 25-30 jualan setiap bulan. Itu adalah penambahan jualan RM 80,000 setiap bulan!

Tanpa melakukan pemasaran enjin carian yang sepatutnya, anda kehilangan jualan sejumlah RM80,000 setiap bulan. Anda tidak menggunakan sepenuhnya alat pemasaran yang mampu meningkatkan pendapatan anda 365 hari setahun, 24 X 7 seminggu, untuk kos yang kurang dari anda perlukan untuk menggaji pekerja pemasaran di syarikat anda.

Ya, saya tahu faedah SEO. Tetapi saya perlu membayar jumlah pendahuluan yang besar untuk mendapatkan ‘kepercayaan’ syarikat SEO.

Banyak syarikat SEO mengenakan bayaran pendahuluan sebanyak beberapa ribu untuk memulakan kempen SEO tanpa menunjukkan sebarang keputusan. Apa yang anda boleh lakukan hanyalah ‘percaya’ yang mereka akan mengotakan janji. Ini adalah dilemma untuk kebanyakan syarikat dan menghalang anda dari mendapatkan khidmat syarikat SEO professional. Kami memahami masalah anda dan itulah tujuan kami berada di sini…

Memperkenalkan Program SEO ‘Percubaan 60 Hari’… Untuk RM690, kami membantu anda menaikkan penarafan laman web anda dalam 60 hari atau anda akan menerima bayaran balik sepenuhnya + kerja SEO kami secara percuma.

  • Kami menganalisis perniagaan anda dan mengaudit laman web anda.
  • Kami melakukan analysis kata kunci (keyword analysis) dan mengemukakan cadangan kami.
  • Kami melakukan “on-site” SEO untuk laman muka penting bagi memastikan ia akan membantu menarafkan kata kunci anda.
  • Kami melakukan copywriting SEO untuk memastikan kandungan laman anda menepati garis panduan Google Webmaster Tool
  • Kami melakukan “off-site” SEO yang berfungsi untuk tempoh masa panjang. Kami tidak mencipta beribu-ribu pautan berkualiti rendah ke laman web anda yang akan menyebabkan laman anda dikenakan penalti oleh Google.
  • Kami menarafkan kata kunci yang dipersetujui (2 kata kunci untuk percubaan) dalam 60 hari.
  • Kami menyediakan laporan & statistik dua minggu sekali yang merangkumi laporan harian berkenaan penarafan anda.
  • Maksima 2 klien setiap industry ceruk.
  • Jika anda gembira dengan prestasi kami selepas 60 hari, kami akan mengenakan bayaran bulanan yang dipersetujui untuk mengekalkan, meneruskan dan menyasarkan lebih lagi kata kunci.
  • Tiada pembayaran pendahuluan besar!

Bagaimana ia berfungsi?

  • Penuhkan borang di bawah dan berikan kami butiran berkenaan syarikat dan laman web anda.
  • Kami akan menghubungi anda untuk melakukan analisis lanjut dan menawarkan khidmat nasihat percuma.
  • Sebaik sahaja kami menerima bayaran permulaan sebanyak RM 690, kami akan melakukan analisis kata kunci, saranan dan pemilihan berdasarkan keperluan anda.
  • Kami berjanji akan menarafkan sekurang-kurangkan 2 kata kunci di 20 tempat teratas dalam tempoh percubaan.
  • Jika kami berjaya menunjukkan keputusan yang dijanjikan, kami akan meneruskan ke kontrak bayaran bulanan untuk mengekalkan dan menarafkan kata kunci lain. Bayaran bulanan biasanya antara beberapa ratus Ringgit Malaysia sebulan bergantung kepada jumlah kata kunci.
  • Jika kami gagal menepati janji kami, anda dapat bayaran balik sepenuhnya dan semua kerja SEO kami secara percuma, tiada bantahan.
  • Bagaimana jika keputusan seperti dijanjikan tetapi anda tidak mahu meneruskan? Bayaran pendahuluan tidak akan dikembalikan. Semua pautan utama yang digunakan untuk menarafkan laman web anda akan kekal selama sebulan dan ditarik balik selepas itu. Ini akan mengurangkan penarafan anda kerana itu adalah faktor utama untuk penarafan laman web anda.

Mengapa saya perlu membayar secara bulanan untuk mengekalkan penarafan?

Ini kerana terdapat banyak perbelanjaan dan usaha dalam pemantauan laman anda dan meneruskan pengoptimuman luaran untuk memastikan anda sentiasa kekal di antara kedudukan teratas. Pesaing anda akan terus menambahbaik laman web mereka dan akan mengatasi anda jika anda menghentikan kerja-kerja SEO.

Adakah saya perlu membayar secara bulanan jika kedudukan saya tidak menepati keputusan dijanjikan?

Tidak. Anda hanya akan dikenakan bayaran jika kedudukan menepati keputusan dijanjikan. Sebagai contoh, jika kami hanya menarafkan 3 dari 5 kata kunci, kami hanya akan mengenakan bayaran bulanan untuk 3 kata kunci. Jadi, ia adalah pembayaran bagi keputusan dan tiada langsung risiko untuk anda.

Mengapa saya patut percaya kata-kata awak?

Kami akan menarafkan kata kunci yang dipersetujui dalam 60 hari. Jika kami gagal menepati janji kami, anda akan dapat balik wang anda + semua kerja SEO yang telah kami lakukan secara percuma.

Apa yang anda rugi?

Sama ada anda menerima perkhidmatan yang berjaya dan jualan baru, atau anda mendapat wang anda semula + kerja SEO percuma. Secara ringkas, anda tidak rugi apa-apa.

Ini adalah satu tawaran khas untuk masa yang terhad and terhad kepada setiap industri and lokasi perniagaan. Kami tidak menerima lebih daripada 2 pelanggan dalam industri yang sama dan lokasi untuk melindungi pelanggan kami. Untuk memastikan kerja-kerja kami pada kualiti tertinggi, kami hanya menerima 8 kes baru setiap bulan.

Hubungi kami sekarang sebelum orang lain mengisi slot!

Nama (wajib)

Alamat emel (wajib)

Telefon No.

Laman Web

Pakat SEO Malaysia, Adam Yong

Pakar SEO Adam YongAdam Yong ialah pakar SEO menawarkan khidmat nasihat SEO di Malaysia. Beliau sentiasa berkongsi strategi dan tips SEO beliau di laman web ini untuk pemilik perniagaan kecil-kecilan yang mahu menambahbaik penonjolan di enjin carian.

Beliau memahami yang banyak pemilik perniagaan di Malaysia mempunyai kesukaran mempromosi laman web mereka melalui enjin carian. Mendapatkan khidmat syarikat SEO melalui program SEO tradisional adalah mahal dan berisiko untuk perniagaan kecil-kecilan. Oleh itu, beliau memilih untuk mendedahkan strategi SEO beliau berdasarkan pengalaman beliau dengan harapan ia akan membantu mereka yang memerlukan pelaksanaan SEO. Sementara itu, beliau menerajui kumpulan SEO professional dan melancarkan ‘Percubaan SEO 60 hari’, program SEO untuk mereka yang mahu mendapatkan khidmat Syarikat SEO pada kos yang lebih berpatutan dan langsung tidak berisiko.